Widgets

Orang Minyak Kantoi Cuba Rogol 99 Gadis di Batu Caves

on 16 Jun 2014

Seorang Pengamal Sihir yang menuntut Ilmu Hitam Orang Minyak akhirnya Kantoi apabila dicekup ketika cuba Merogol 99 Gadis Perawan di kawasan Batu Caves. Lelaki Jelmaan Orang Minyak juga mengamalkan beberapa syarat dan pantang sebagai amalan untuk mendapat apa yang dihajati. Pegamal ilmu hitam ini percaya sekiranya berjaya Merogol 99 Anak Dara hajat seperti kekuatan, umur yang panjang, kemewahan dan kekebalan. Nauzubillah min zalik.

Gambar Orang Minyak Kantoi 

Orang Minyak Kantoi di Batu Caves Cuba Rogol 99 Gadis Perawan

Bagaimanapun, Yang Dipertua Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia, Mohd. Adzhar Abd. Latif berkata, perkara itu masih tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana kes membabitkan orang minyak di negara ini dianggap sebagai terpencil. Ia berdasarkan apa yang diceritakan dan diberitahu oleh orang dulu-dulu. Pengamal ilmu orang minyak ini perlulah merogol 99 perempuan yang masih dara sebagai syarat untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Adakah benar pengamal ilmu orang minyak ini akan mendapat apa yang mereka hajatkan itu atau hanya sekadar mitos dan legenda semata-mata tetapi ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana membabitkan keselamatan orang ramai terutamanya Gadis Perawan.

Berita Orang Minyak Kantoi di Batu Caves Cuba Rogol 99 Gadis Perawan yang ditangkap penduduk pangsapuri di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak, Mohd. Adzhar tidak menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam tersebut tetapi percaya penglibatan rakyat tempatan adalah minimum.

Kita tidak boleh menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam di negara ini kerana kita ada mendengar kes pukau yang banyak berlaku kebelakangan ini. Kes orang minyak ini pula jarang sekali berlaku dan kewujudannya perlulah dikaji semula. Saya tidak menolak kemungkinan wujud pengamal ilmu hitam tersebut tetapi kita perlu memastikan kewujudannya terlebih dahulu.

Pengamal Perubatan Tradisional Melayu itu juga percaya rakyat tempatan yang terlibat dengan pengamalan ilmu hitam sangat sedikit kerana berdasarkan statistik kes-kes membabitkan ilmu hitam seperti pukau dan sebagainya, ia memihak kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan Afrika.

Bagi penganut agama Islam, perkara seumpamanya perlu dihindarkan kerana ia hanya memesongkan akidah dan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik. Sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mengamal atau mempercayai ilmu hitam ini. Ia merupakan perbuatan yang salah di sisi agama. Orang Minyak Kantoi di Batu Caves Cuba Rogol 99 Gadis Perawan.
Tag :

Widgets

Anak Hampir Lemas Ditolak Dalam Kolam

on 8 Jun 2014

Seorang Kanak-kanak Hampir Lemas selepas ditolak ke dalam Kolam oleh Ayahnya sendiri. Budak yang menangis ketakutan itu akhirnya diselamatkan kembali oleh Ayahnya. Aneh! Apa tujuan sebenar yang dilakukan kepada seorang anak kecil itu. Saksikan video dibawah atau terus ke sumber asalnya di Video Budak dihumban ke dalam Kolam.


Anak Hampir Lemas Ditolak Dalam Kolam


Budak Kecil dihumban dalam Kolam



video


Tag : ,

Widgets

3 Bulan Proses Mengharamkan Sesuatu Produk

on 29 May 2014

Tempoh masa yang terlalu lama seperti memberi ruang kepada pengeluar dan pembekal sesuatu produk agar menjual kesemuanya demi mengelakkan pengeluar dan pembekal produk haram mengalami kerugian. Sungguh Mengejutkan! Kementerian Kesihatan ambil masa 3 Bulan untuk Proses Mengharamkan Sesuatu Produk. 

Halal dan Haram adalah Isu Agama yang sensitif dan pihak berwajib usah menjadikan isu tersebut sebagai Lawak Jenaka mereka.

Kementerian Kesihatan ambil masa 3 Bulan untuk Proses Mengharamkan Sesuatu Produk

Tempoh 3 Bulan untuk proses analisis dikira memadai untuk golongan tertentu dari menanggung kerugian. Kepada rakyat jelata iaitu pengguna dan pembeli terus menggunakan produk haram dengan penuh tenang. Apabila keputusan analisis dikeluarkan, pastinya bahan haram tersebut telah menjadi darah daging kita semua

Isu ini seolah-olah didiamkan. Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan. Tindakkan Melengah-lengahkan masa menunjukkan seperti Kementerian Kesihatan cuba merahsiakan sesuatu produk Haram yang dijual di Pasaran Umum.

Terkini, 15 Lagi Produk Mengandungi DNA Khinzir Mungkin Dirahsiakan oleh Kementerian Kesihatan. Masihkah ada rahsia antara kita.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) khinzir namun belum didedahkan KKM kepada umum.

Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA Khinzir, kenapa masih dirahsiakan?

Keraguan terbaru Adakah Chocolate Oat Choco Twinfish Disahkan Halal Oleh JAKIM? Mungkinkah keputusan analisis juga mengambil masa 3 Bulan setelah produk tersebut habis dijual dalam tempuh yang yang agak panjang dan tidak diterima akal.

Insya-Allah Selasa ini (esok) kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia. Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA Khinzir kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali. Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.
Tag : ,

Widgets

Tips dan Aktiviti Cuti Sekolah yang Menarik

on 26 May 2014

Tips dan Aktiviti Cuti Sekolah yang Menarik. Tarikh Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2014 selama 19 hari bermula 27.5.2014 dan berakhir 14.6.2014 merujuk Takwim Persekolahan 2014. Selamat Bercuti untuk semua. Apa Program atau Aktiviti Sempena Cuti Sekolah yang menarik kali ini. 

Tips dan Aktiviti Cuti Sekolah yang Menarik

Tip Kesihatan Ketika Cuti Sekolah

Memandangkan Pakar kaji cuaca meramalkan kemungkinan besar El Nino Kemarau Panjang melanda Malaysia bermula Jun hingga Oktober 2014. Oleh itu Penjagaan Kesihatan perlu diutamakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Kurangkan berada di tempat terbuka yan terdedah dengan bahang cuaca panas yang melampau. Berjaga-jaga dengan  Penyakit Suhu Panas Luar Biasa Strok Haba (Heat Stroke) yang boleh membawa maut.

Aktiviti Cuti Sekolah Menarik

Bersama ini saya kongsikan pautan yang menyenaraikan beberapa Aktiviti Cuti Sekolah yang sesuai dilakukan sepanjang Cuti Pertengahan Tahun kali ini. Sila ke pautan 10 Aktiviti Cuti Sekolah Popular. Sebagai tambahan, boleh juga ke pautan Program dan Aktiviti Cuti Sekolah Berfaedah.
yang menyenaraikan Program Menarik untuk dinikmati sepanjang cuti persekolahan.



Tag : ,

Widgets

Benarkah GST Haram dalam Islam

on 7 May 2014

Benarkah Cukai barangan dan Perkhidmatan (GST) Haram dalam Islam. Mengapa Cukai GST ini dikatakan Haram untuk dilaksanakan di Malaysia. Nampaknya masih belum ada Fatwa mengenai GST Goods and Services Tax ini, namun tak dinafikan GST satu Kontroversi di Malaysia. Berikut ialah Penjelasan mengenai Cukai GST yang dikatakan Haram disisi Islam.

Benarkah Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Haram dalam Islam. Mengapa Cukai GST ini dikatakan Haram untuk dilaksanakan di Malaysia
Sumber

Ulasan GST Haram dalam Islam. Ini bukan fakta atau kenyataan rasmi. Ia merupakan satu perkongsian idea di laman sosial. Samaada setuju atau tidak ia bukan perkara utama, kerana GST tetap akan dilaksanakan di Malaysia
Tag :

Widgets

Pari-Pari Jadi Bahan Bukti Polis

on 5 May 2014

Merujuk Gambar Pari-Pari yang telah mati dan menjadi bahan bukti Polis. Sesuatu yang Aneh, namun ia pasti menarik tumpuan kumpulan paranormal dan peminat perkara mistik di seluruh dunia. Agaknya, apakah kes yang berkaitan dengan bangkai makhluk mitos ini hingga ia menjadi simpanan sebagai bahan bukti.

Pari-Pari jadi Bahan Bukti Polis

Adakah Pari-Pari Wujud di Dunia sebenar

Wujudkah pari-pari dalam dunia ini ataupun ia sejenis makhluk lain yang masih belum didftarkan dalam penemuan manusia. Mungkin juga ia hanya makhluk rekaan yang dicipta untuk tujuan tertentu. Hanya Allah yang maha mengetahui setiap segala di bumi, lautan, langit dan seluruh cakrawala. Kebenaran Makhluk Mitos Pari-pari. Siapalah kita, manusia yang cetek ilmunya. Hanya pendapat dan tanggapan sahaja yang kita mampu utarakan demi mendekatkan diri dengan Allah yang maha mencipta.

Pari-Pari jadi Bahan Bukti Polis

Gambar Pari-Pari

Melihat gambar penemuan makhluk pari-pari yang telah mati ini. Adakah benar ini pari-pari? Seekor makhluk ajaib yang kecil dan boleh terbang dengan sayap bewarna emas. Jika benar gambar bangkai pari-pari ini, maka ia agak berbeza sepertimana yang digambarkan dalam cerita Dongeng Kanak-kanak dari Barat dan juga Rancangan Sinetron dari Indonesia.


Tag :

Widgets

Tonton Animasi Dr. Slump Episode Temu Janji Angkasa Lepas

on 2 May 2014

Siri Animasi Dr. Slump - Temu Janji Angkasa Lepas. Tonton Kartun Animasi Bahasa Melayu. Dr. Slump Japanese Anime series illustrated by Akira Toriyama. Gelagat robot perempuan Norimaki Arare (Arale-chan) bersama Norimaki Senbe (Dr Slump) di Kampung Penguin. Tonton Dr. Slump Kartun Animasi dalam Bahasa Melayu. 

Tonton Animasi Dr. Slump Episode Temu Janji Angkasa Lepas

Dr. Slump: Temu Janji Angkasa Lepas


Video Animasi Dr. Slump ini dihostkan oleh Animemalay. Sila ke pautan Video Dr. Slump - Temu Janji Angkasa Lepas untuk proses Muat Turun.

Watch Online Dr. Slump Japanese Anime series

Dr. Slump berlatarkan Kampung Penguin (Pengin Mura), sebuah tempat yang manusia hidup bersama haiwan jadian serta antropomorfik serta berbagai objek ganjil. Di kampung ini, tinggalnya Senbe Norimaki (Norimaki Senbe), seorang pereka cipta (namanya diambil dari Senbe iaitu biskut nasi). Nama gelarannya ialah "Dr. Slump" 

Dr. Slump mencipta sebuah robot perempuan yang dia namakan Arale Norimaki (Norimaki Arare, juga dari nama arare, sejenis biskut nasi), dalam babak yang menjenakakan klasik kanak-kanak Itali Pinocchio (catatan: "Arale" merupakan ejaan peromanan Toriyama yang pertama untuk nama Arale). Oleh kerana Senbe merupaka pencipta yang cuai, robot tersebut memerlukan cermin mata. Arale sangat tak matang hinggakan boleh membawa seekor beruang ke rumah yang disalah sangkakan sebagai binatang peliharaan. Tetapi, dia turut memiliki kekuatan super. Secara umumnya, manga ini berkisar tentang kurang faham Arale akan kehidupan manusia dan ciptaan, cabaran dan percintaan Senbe. Dr. Slump Japanese Anime series - Temu Janji Angkasa Lepas.
Tag :

Widgets

Keyword Taboo Melayu Boleh Popular di Malaysia

on 29 Apr 2014

Frasa Melayu Boleh kini menjadi Carian Keyword Taboo Popular di Malaysia setelah disalah ertikan oleh pengguna internet yang tidak bertanggungjawab. Ia satu Realiti dan bukannya Dongengan. Namun wujudnya Kempen Melayu Boleh adalah bukti Masalah sosial ini dipandang serius oleh beberapa kumpulan dan individu Blogger Melayu. Walaupun tidak berjaya membersihkan Istilah Melayu Boleh ini dari unsur lucah, namun sekurang-kurangnya mereka mencuba yang termampu.

Keyword Taboo Melayu Boleh Popular di Malaysia

Melayu Boleh Carian Keyword Taboo Popular di Malaysia. Pada mulanya didalangi hanya beberapa pemilik laman blog pornografi, mereka sewenang-wenangnya melacurkan melayu boleh atas kepentingan pribadi sendiri. Saban hari, semakin banyak pula Laman Lucah Melayu terindek di Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

Melayu Boleh Keyword Taboo Popular di Malaysia

Keyword Taboo Melayu Boleh Cetus Kemarahan Rakyat Malaysia. Ramai pengguna internet di mulai marah lalu mengunjungi laman lucah tersebut setiap hari untuk memaki hamun di ruangan komen gambar, cerita dan video lucah melayu yang dikemaskini. Malah mereka mula sangat menantikan entri baru lalu melihat gambar, menonton video dan membaca entri yang baru di laman porno tersebut untuk dimaki dan dikutuk. Inilah antara punca bertambahnya laman porno made in Malaysia. Tawaran lucah melayu dengan Kata Kunci Melayu Boleh semakin Popular dan terus bermaharajalela di dunia maya selagi adanya permintaan oleh pengguna internet di Malaysia.
Tag :

Widgets

Kempen Katakan TAK NAK beli Rokok

on 28 Apr 2014

Katakan TAK NAK beli Rokok bukannya satu Kempen Rasmi Anti Rokok di Malaysia tetapi ia satu Realiti dan benar-benar berlaku. Setelah membaca update di Akta Baharu Rokok Kementerian Kesihatan. Bukankah perubahan ini terlalu drastik. Kenapa dengan Akta lama dan Berjayakah kempen-kempen yang dilaksanakan sebelum ini.

Kempen Katakan TAK NAK beli Rokok

Kementerian Kesihatan telah menggubal Akta Baharu khusus untuk Perokok dan Hasil Produk Tembakau di Malaysia. Sudahkah mereka mengkaji kegagalan Kempen Katakan TAK NAK pada Rokok yang akhirnya menjadi Katakan TAK NAK beli Rokok. Akta Baharu Untuk Perokok kini diteliti oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam dan sekiranya bersesuaian akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara dan Jemaah Kabinet bagi mengantikan Akta Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983 yang sedia ada. Saya sentiasa menyokong perubahan yang membawa kebaikan kepada Rakyat Malaysia.

Katakan Saja TAK NAK beli Rokok

Mungkin Kempen Anti Rokok dan Produk Tembakau dilaporkan berjaya di Media Massa. Namun, di persekitaran saya secara pribadi ramai perokok yang berjaya berhenti membeli rokok dan hanya meminta-minta dari yang masih membeli. Ya! Rokok yang setiap tahun bakal naik harganya. Adakah jumlah perokok disekeliling anda berkurangan? atau mungkin hanya Katakan Saja TAK NAK beli Rokok.
Tag :

Widgets

Pelancaran MaGIC Malaysia oleh Barack Obama dan Najib Razak

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC). Inilah buktinya #MaGIC Kerajaan Malaysia memainkan peranan dalam meningkatkan Potensi Perniagaan Bumiputra. Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) merupakan satu ekosistem untuk usahawan muda Malaysia menyalurkan semangat dan menghasilkan idea dan membangunkan idea-idea mereka kepada usaha perniagaan yang berjaya.

Pelancaran MaGIC Malaysia oleh Barack Obama dan Najib Razak

1Malaysia Entrepeneurs (1MET) Jika kita mahu mengubah dunia, kita perlu bermula dengan anak-anak muda. Apa itu MaGIC dan Info Business di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Usahawan Muda Malaysia. Jika Malaysia mahu berubah menjadi negara berpendapatan tinggi, negara memerlukan orang yang boleh mengubah idea-idea untuk menjana kekayaan.
Tag :

Widgets

Perkongsian Trans-Pasifik Amerika puji Malaysia

on 27 Apr 2014

Perkongsian Trans-Pasifik Amerika puji Malaysia

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, masih di peringkat perbincangan di kalangan 12 negara. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bekerja keras dalam memenuhi agenda yang dirancang. Mungkin Amarika agak sukar mempengaruhi dan memenangi pemimpin negara lain. Info lanjut di Kemesraan Malaysia dan Amerika.

Perkongsian Trans-Pasifik Amerika Syarikat akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama

Amerika puji Malaysia

Amerika puji Malaysia. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik mungkin sukar di negara lain. Namun tidak di Malaysia yang mana sehingga kini para pemimpinnya masih bersopan santun dan lembut budi bahasanya. Masih sama seperti pemimpin tanah melayu di zaman Hang Tuah dahulu kala. Walaupun bijih timah telah tiada, syabas atas kemesraan ini.
Tag :

Widgets

Pengurusan PBS 2014 Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengurusan PBS 2014 Kementerian Pelajaran Malaysia. Download Buku Panduan Pengurusan PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah  2014 yang dikeluarkan (KPM) Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan para guru di sekolah rendah atau sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Pengurusan PBS 2014 Kementerian Pelajaran Malaysia
Click Banner untuk Muat Turun Buku Panduan PBS 2014


Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Semoga Perkongsian link Muat Turun Dokumen Panduan PBS dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik sebagai Panduan Pelaksanaan PBS iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Tag :
 
© Web Log Is Me All Rights Reserved
Weblogisme Themes ByGlepor Nukilan Semulajadi