3 Bulan Proses Mengharamkan Sesuatu Produk

on 29 May 2014

Tempoh masa yang terlalu lama seperti memberi ruang kepada pengeluar dan pembekal sesuatu produk agar menjual kesemuanya demi mengelakkan pengeluar dan pembekal produk haram mengalami kerugian. Sungguh Mengejutkan! Kementerian Kesihatan ambil masa 3 Bulan untuk Proses Mengharamkan Sesuatu Produk. 

Halal dan Haram adalah Isu Agama yang sensitif dan pihak berwajib usah menjadikan isu tersebut sebagai Lawak Jenaka mereka.

Kementerian Kesihatan ambil masa 3 Bulan untuk Proses Mengharamkan Sesuatu Produk

Tempoh 3 Bulan untuk proses analisis dikira memadai untuk golongan tertentu dari menanggung kerugian. Kepada rakyat jelata iaitu pengguna dan pembeli terus menggunakan produk haram dengan penuh tenang. Apabila keputusan analisis dikeluarkan, pastinya bahan haram tersebut telah menjadi darah daging kita semua

Isu ini seolah-olah didiamkan. Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan. Tindakkan Melengah-lengahkan masa menunjukkan seperti Kementerian Kesihatan cuba merahsiakan sesuatu produk Haram yang dijual di Pasaran Umum.

Terkini, 15 Lagi Produk Mengandungi DNA Khinzir Mungkin Dirahsiakan oleh Kementerian Kesihatan. Masihkah ada rahsia antara kita.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) khinzir namun belum didedahkan KKM kepada umum.

Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA Khinzir, kenapa masih dirahsiakan?

Keraguan terbaru Adakah Chocolate Oat Choco Twinfish Disahkan Halal Oleh JAKIM? Mungkinkah keputusan analisis juga mengambil masa 3 Bulan setelah produk tersebut habis dijual dalam tempuh yang yang agak panjang dan tidak diterima akal.

Insya-Allah Selasa ini (esok) kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia. Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA Khinzir kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali. Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Web Log Is Me All Rights Reserved
Weblogisme Themes ByGlepor Nukilan Semulajadi