Katakan TAK NAK beli Rokok bukannya satu Kempen Rasmi Anti Rokok di Malaysia tetapi ia satu Realiti dan benar-benar berlaku. Setelah membaca update di Akta Baharu Rokok Kementerian Kesihatan. Bukankah perubahan ini terlalu drastik. Kenapa dengan Akta lama dan Berjayakah kempen-kempen yang dilaksanakan sebelum ini.
Kementerian Kesihatan telah menggubal Akta Baharu khusus untuk Perokok dan Hasil Produk Tembakau di Malaysia. Sudahkah mereka mengkaji kegagalan Kempen Katakan TAK NAK pada Rokok yang akhirnya menjadi Katakan TAK NAK beli Rokok. Akta Baharu Untuk Perokok kini diteliti oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam dan sekiranya bersesuaian akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara dan Jemaah Kabinet bagi mengantikan Akta Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983 yang sedia ada. Saya sentiasa menyokong perubahan yang membawa kebaikan kepada Rakyat Malaysia.
Katakan Saja TAK NAK beli Rokok
Mungkin Kempen Anti Rokok dan Produk Tembakau dilaporkan berjaya di Media Massa. Namun, di persekitaran saya secara pribadi ramai perokok yang berjaya berhenti membeli rokok dan hanya meminta-minta dari yang masih membeli. Ya! Rokok yang setiap tahun bakal naik harganya. Adakah jumlah perokok disekeliling anda berkurangan? atau mungkin hanya Katakan Saja TAK NAK beli Rokok.
{ 1 comments... read them below or add one }
Rokok itu pilihan. Walau mahal mana pun, yang nak merokok mesti beli jugak. Pekena sebatang sehari pun jadi. Eh! I'm a girl. just my two cents..hee
4/29/2014
Post a Comment