Widgets

Pari-Pari Jadi Bahan Bukti Polis

on 5 May 2014

Merujuk Gambar Pari-Pari yang telah mati dan menjadi bahan bukti Polis. Sesuatu yang Aneh, namun ia pasti menarik tumpuan kumpulan paranormal dan peminat perkara mistik di seluruh dunia. Agaknya, apakah kes yang berkaitan dengan bangkai makhluk mitos ini hingga ia menjadi simpanan sebagai bahan bukti.

Pari-Pari jadi Bahan Bukti Polis

Adakah Pari-Pari Wujud di Dunia sebenar

Wujudkah pari-pari dalam dunia ini ataupun ia sejenis makhluk lain yang masih belum didftarkan dalam penemuan manusia. Mungkin juga ia hanya makhluk rekaan yang dicipta untuk tujuan tertentu. Hanya Allah yang maha mengetahui setiap segala di bumi, lautan, langit dan seluruh cakrawala. Kebenaran Makhluk Mitos Pari-pari. Siapalah kita, manusia yang cetek ilmunya. Hanya pendapat dan tanggapan sahaja yang kita mampu utarakan demi mendekatkan diri dengan Allah yang maha mencipta.

Pari-Pari jadi Bahan Bukti Polis

Gambar Pari-Pari

Melihat gambar penemuan makhluk pari-pari yang telah mati ini. Adakah benar ini pari-pari? Seekor makhluk ajaib yang kecil dan boleh terbang dengan sayap bewarna emas. Jika benar gambar bangkai pari-pari ini, maka ia agak berbeza sepertimana yang digambarkan dalam cerita Dongeng Kanak-kanak dari Barat dan juga Rancangan Sinetron dari Indonesia.


Tag :

Widgets

Tonton Animasi Dr. Slump Episode Temu Janji Angkasa Lepas

on 2 May 2014

Siri Animasi Dr. Slump - Temu Janji Angkasa Lepas. Tonton Kartun Animasi Bahasa Melayu. Dr. Slump Japanese Anime series illustrated by Akira Toriyama. Gelagat robot perempuan Norimaki Arare (Arale-chan) bersama Norimaki Senbe (Dr Slump) di Kampung Penguin. Tonton Dr. Slump Kartun Animasi dalam Bahasa Melayu. 

Tonton Animasi Dr. Slump Episode Temu Janji Angkasa Lepas

Dr. Slump: Temu Janji Angkasa Lepas


Video Animasi Dr. Slump ini dihostkan oleh Animemalay. Sila ke pautan Video Dr. Slump - Temu Janji Angkasa Lepas untuk proses Muat Turun.

Watch Online Dr. Slump Japanese Anime series

Dr. Slump berlatarkan Kampung Penguin (Pengin Mura), sebuah tempat yang manusia hidup bersama haiwan jadian serta antropomorfik serta berbagai objek ganjil. Di kampung ini, tinggalnya Senbe Norimaki (Norimaki Senbe), seorang pereka cipta (namanya diambil dari Senbe iaitu biskut nasi). Nama gelarannya ialah "Dr. Slump" 

Dr. Slump mencipta sebuah robot perempuan yang dia namakan Arale Norimaki (Norimaki Arare, juga dari nama arare, sejenis biskut nasi), dalam babak yang menjenakakan klasik kanak-kanak Itali Pinocchio (catatan: "Arale" merupakan ejaan peromanan Toriyama yang pertama untuk nama Arale). Oleh kerana Senbe merupaka pencipta yang cuai, robot tersebut memerlukan cermin mata. Arale sangat tak matang hinggakan boleh membawa seekor beruang ke rumah yang disalah sangkakan sebagai binatang peliharaan. Tetapi, dia turut memiliki kekuatan super. Secara umumnya, manga ini berkisar tentang kurang faham Arale akan kehidupan manusia dan ciptaan, cabaran dan percintaan Senbe. Dr. Slump Japanese Anime series - Temu Janji Angkasa Lepas.
Tag :

Widgets

Keyword Taboo Melayu Boleh Popular di Malaysia

on 29 Apr 2014

Frasa Melayu Boleh kini menjadi Carian Keyword Taboo Popular di Malaysia setelah disalah ertikan oleh pengguna internet yang tidak bertanggungjawab. Ia satu Realiti dan bukannya Dongengan. Namun wujudnya Kempen Melayu Boleh adalah bukti Masalah sosial ini dipandang serius oleh beberapa kumpulan dan individu Blogger Melayu. Walaupun tidak berjaya membersihkan Istilah Melayu Boleh ini dari unsur lucah, namun sekurang-kurangnya mereka mencuba yang termampu.

Keyword Taboo Melayu Boleh Popular di Malaysia

Melayu Boleh Carian Keyword Taboo Popular di Malaysia. Pada mulanya didalangi hanya beberapa pemilik laman blog pornografi, mereka sewenang-wenangnya melacurkan melayu boleh atas kepentingan pribadi sendiri. Saban hari, semakin banyak pula Laman Lucah Melayu terindek di Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

Melayu Boleh Keyword Taboo Popular di Malaysia

Keyword Taboo Melayu Boleh Cetus Kemarahan Rakyat Malaysia. Ramai pengguna internet di mulai marah lalu mengunjungi laman lucah tersebut setiap hari untuk memaki hamun di ruangan komen gambar, cerita dan video lucah melayu yang dikemaskini. Malah mereka mula sangat menantikan entri baru lalu melihat gambar, menonton video dan membaca entri yang baru di laman porno tersebut untuk dimaki dan dikutuk. Inilah antara punca bertambahnya laman porno made in Malaysia. Tawaran lucah melayu dengan Kata Kunci Melayu Boleh semakin Popular dan terus bermaharajalela di dunia maya selagi adanya permintaan oleh pengguna internet di Malaysia.
Tag :

Widgets

Kempen Katakan TAK NAK beli Rokok

on 28 Apr 2014

Katakan TAK NAK beli Rokok bukannya satu Kempen Rasmi Anti Rokok di Malaysia tetapi ia satu Realiti dan benar-benar berlaku. Setelah membaca update di Akta Baharu Rokok Kementerian Kesihatan. Bukankah perubahan ini terlalu drastik. Kenapa dengan Akta lama dan Berjayakah kempen-kempen yang dilaksanakan sebelum ini.

Kempen Katakan TAK NAK beli Rokok

Kementerian Kesihatan telah menggubal Akta Baharu khusus untuk Perokok dan Hasil Produk Tembakau di Malaysia. Sudahkah mereka mengkaji kegagalan Kempen Katakan TAK NAK pada Rokok yang akhirnya menjadi Katakan TAK NAK beli Rokok. Akta Baharu Untuk Perokok kini diteliti oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam dan sekiranya bersesuaian akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara dan Jemaah Kabinet bagi mengantikan Akta Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983 yang sedia ada. Saya sentiasa menyokong perubahan yang membawa kebaikan kepada Rakyat Malaysia.

Katakan Saja TAK NAK beli Rokok

Mungkin Kempen Anti Rokok dan Produk Tembakau dilaporkan berjaya di Media Massa. Namun, di persekitaran saya secara pribadi ramai perokok yang berjaya berhenti membeli rokok dan hanya meminta-minta dari yang masih membeli. Ya! Rokok yang setiap tahun bakal naik harganya. Adakah jumlah perokok disekeliling anda berkurangan? atau mungkin hanya Katakan Saja TAK NAK beli Rokok.
Tag :

Widgets

Pelancaran MaGIC Malaysia oleh Barack Obama dan Najib Razak

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC). Inilah buktinya #MaGIC Kerajaan Malaysia memainkan peranan dalam meningkatkan Potensi Perniagaan Bumiputra. Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) merupakan satu ekosistem untuk usahawan muda Malaysia menyalurkan semangat dan menghasilkan idea dan membangunkan idea-idea mereka kepada usaha perniagaan yang berjaya.

Pelancaran MaGIC Malaysia oleh Barack Obama dan Najib Razak

1Malaysia Entrepeneurs (1MET) Jika kita mahu mengubah dunia, kita perlu bermula dengan anak-anak muda. Apa itu MaGIC dan Info Business di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Usahawan Muda Malaysia. Jika Malaysia mahu berubah menjadi negara berpendapatan tinggi, negara memerlukan orang yang boleh mengubah idea-idea untuk menjana kekayaan.
Tag :
 
© Web Log Is Me All Rights Reserved
Weblogisme Themes ByGlepor Nukilan Semulajadi